OneXOX (DA MA)
Kenapa perlu dua akaun di ONEXOX? Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Jawapan pertama
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.
Mekanisme Caj Panggilan bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA..
Mekanisme Langganan Internet pula bermula dengan penolakan pada baki MA terlebih dahulu.. Jika tidak cukup, sistem secara automatik akn mencukupkan jumlah kredit Langganan daripada akaun DA pula..
Baki MA juga digunakan untuk membuat pindahan kredit ke pihak lain / User Onexox yg lain.. sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.
Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan.
BERKONSEPKAN BELIAN TOP UP SECARA PUKAL, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA..
Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.
Jawapan Kedua
Tujuannya adalah untuk memastikan semua golongan dapat menikmati kadar murah. Sesetengah telco memberi penjimatan dengan bersyarat seperti jimat pada waktu2 tertentu sahaja atau top up lebih untuk lebih jimat dan Ini adalah strategi syarikat2 untuk memberi penjimatan kepada pelanggan. Berlaku win2 situation antara pelanggan dan syarikat iaitu guna lebih untuk lebih murah.
Tetapi bagaimana golongan yang tidak mampu top up lebih seperti remaja dan sesiapa sahaja?
Ya.. Sebab itulah Onexox datang dengan pakej dua akaun, di mana semua orang mampu menikmati dan ada bahagian kredit pd Kadar yg Rendah walaupun hanya top up RM5 sahaja..
Selain itu , pengguna dapat merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar murah yang berterusan pada Akaun Dedikasi..
DA adalah akaun kadar murah - Hanya untuk panggilan & sms sahaja. Di gunakan terlebih dahulu bagi menikmati kadar murah.
MA adalah akaun kadar biasa - Untuk membuat langganan data dan pindahan kredit kpd pihak ketiga.. Di gunakan selepas tiada baki di Akaun Dedikasi .