Info Onexox Channel:
ONEXOX mempunyai 2 pekej utama iaitu.
1) Pekej Pengguna.
Pekej ini adalah normal user, yang membeli simkad dari Pengedar dengan harga RM 10 sahaja.
Mendapat keistimewaan yang ditawarkan sebagai pengguna.
2) Pekej Peniaga.
Pekej ini yang saya akan terangkan dalam tulisan saya ini.
Yuran Pendaftaran Peniaga RM 90 sekali seumur hidup.
Dengan yuran ini,
a) peniaga mendapat 5 simkad ONEXOX
b) Access Dealership system
Keuntungan :-
1) Jualan Runcit simkad.
Harga modal simkad Dealer RM 7.30 - RM 7.80 sekeping. Bergantung kepada kuantiti sim yang dibeli.
Harga jualan RM 10 (SRP)
2) Jualan Runcit Reload
Keuntungan 2% - 4% bergantung kepada kuantiti modal belian reload.
3) Insentif sistem.
Pangkat pertama : SUB DEALER.
TIDAK LAYAK untuk melantik sub dealer.
Dia hanya mendapat 10% insentif topup dari tier 1 dia. Walaubagimanapun, dia bertanggungjawab sebagai support Center kepada pengguna ini.
ONEXOX tidak menyediakan support center, maka dealer menjadi support center bergerak.
Pengguna sentiasa boleh menghubungi dealer/sub dealer yang mendaftarkannya untuk mendapatkan support kerana nombor dealer yang mendaftarkan
telah dimasukkan dalam sistem USSD. Menu USSD: *105# --> 8 . Maka tidak ada alasan untuk user hilang nombor orang yang mendaftarkannya.
Ini menjadikan dealer menjadi support center bergerak sepanjang hayat pengunaan user tersebut.
Pangkat pertama : DEALER
Untuk layak melantik sub dealer. Dia perlu menjual (activation sim) sebanyak 20 sim dengan minima topup RM 5 setiap satu.
Tujuan, untuk membolehkan sub dealer ini mahir dalam selok belok dan sistem ONEXOX sebelum dia boleh melatih sub dealer yang lain.
Setelah sub-dealer ini dapat capai target 20 sim, maka secara automatik dia dinaikkan pangkat menjadi Dealer.
Pangkat Dealer ini melayakkan dia melantik sub-dealer.
Setiap Lantikan Sub-Dealer, dia mendapat keuntungan sebanyak RM 20 (insentif) + RM 5 (untung runcit pembelian pin sistem lantikan).
Biasanya keuntungan runcit ini akan digunakan oleh dealer ini untuk membeli merchendise / flyers untuk diberikan kepada sub dealer
yang dia baru lantik sebagai satu langkah support dia kepada sub dealer ini.
Dealer yang melantik sub-dealer ini, layak mendapat insentif topup 2% dari topup pengguna di tier 2 ini.
Perocess ini (dealer -- sub dealer) berterusan seperti berikut :-
Tier 1 : 10%
Tier 2 : 2%
Tier 3 : 2%
Tier 4 : 1%
SUPER DEALER.
Seorang dealer bertanggungjawab menjual simkad dan dalam masa yang sama bertanggungjawab membimbing rangkaian 4 tiernya.
KPI bulanan yang ditentukan oleh syarikat dari masa ke semasa.
1) KPI jualan reload
2) KPI jualan simkad / lantikan sub-dealer
3) KPI jualan simkad keselurauhan rangkaian (tier 1- tier 4).
Seseorang Dealer yang dapat mencapai KPI, maka dia layak mendapat Hadiah syarikat dalam bentuk tambahan insentif 2 tier SUPER DEALER pada bulan tersebut iaitu.
Tier 5 : 1%
Tier 6 : 1%
SUPER DEALER ini diberikan hanya kepada yang mencapai KPI bulanan pada bulan semasa. Kalau tidak capai.. maka tidak dapat lah.
Pangkat ke-3 dan ke-4 : Area Distributor (AD) dan Main Distributor (MD)
Pangkat ini tidak boleh dibeli.
Tetapi berdasarkan Prestasi Dealer dan wajib lulus temuduga syarikat.
Bertanggungjawab sebagai pusat jualan simkad kepada Dealer/Sub-Dealer
Bertanggungjawab sebagai support kepada semua Dealer.
dan banyak lagi..
Oleh itu AD/MD mendapat tambahan insentif
Tier 7: 1%
Tier 8: 1%
dan MD sahaja
Tier 9: 1%
Tier 10: 1%